Posted in EMAS BERITA TERKINI

SOAL JAWAB MENGENAI PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

soal jawab mengenai program gap public gold
soal jawab mengenai program gap public gold

Soal jawab mengenai program GAP ( Gold Accumulation Program ) Public Gold iaitu program kumpul emas fizikal modal rendah pertama di Malaysia dan Asia.
Program GAP adalah program kumpul emas fizikal pertama di Malaysia dan Asia keluaran syarikat pengeluar emas terbesar Malaysia iaitu Public Gold yang bertujuan bagi memudahkan orang ramai mengumpul emas fizikal sama ada jongkong emas atau emas dinar dengan modal serendah RM100 dengan cara yang paling mudah serta murah walau dimana sahaja berada kerana proses pembelian dan penjualan emas program gap boleh dilakukan secara online ataupun offline. Program gap adalah pelaburan emas fizikal modal rendah dengan membeli emas 24 Karat sedikit demi sedikit untuk menabung emas dan mendapat jongkong emas yang besar.
Oleh kerana program GAP public gold ini masih baru dan sesuai untuk semua golongan usia, banyak persoalan serta pertanyaan yang telah ditimbulkan. Soalan atau pertanyaan yang biasa ditanya serta jawapan telah tersedia adalah seperti di bawah.

Persoalan Program GAP public gold :

Apakah Program GAP ?
Jawapan : Program GAP adalah program mengumpul emas dengan membeli emas 24k secara kecil-kecilan seperti emas 1 gram dan menambah belian emas apabila mempunyai wang atau bila harga emas murah supaya dapat mengumpul emas yang banyak dan mengeluarkan emas fizikal 24k sama ada jongkong emas 24k atau emas dinar 24k LBMA tanpa cukai gst. Emas yang dibeli melalui GAP adalah berketulenan 24 karat 999.9 berkualiti antarabangsa (London Bullion Market Association accredited refinery).

Kenapa perlu simpan emas sekarang ?
Jawapan : Sekarang masa paling sesuai membeli dan menyimpan emas kerana alasan dibawah :
1. Harga Emas Terendah Tempoh 5 tahun.
Kini harga emas paling rendah dalam tempoh 5 tahun dan jangkaan analisa harga emas serta ramalan menunjukkan harga emas akan mulai naik. Klik HARGA EMAS TERMURAH DAN RAMALAN EMAS 2015.
2. Perlindungan Masa Depan
Simpanan emas fizikal adalah untuk perlindungan harta berterusan, Ultimate Wealth Protector kerana nilai wang ringgit akan sentiasa menurun. Kini nilai ringgit Malaysia terendah dalam tempoh 16 tahun dimana nilai ringgit kini adalah 4.1 berbanding 1 dolar amerika. Penyimpanan emas selamat kerana tidak dimamah inflasi walaupun nilai ringgit jatuh, bahkan nilai emas akan bertambah apabila nilai ringgit Malaysia tinggi berbanding matawang dolar.
3. Insuran Dan Keselamatan
Penyimpanan emas fizikal adalah insuran dan keselamatan masa hadapan. Ini adalah kerana nilai emas akan meningkat dan mudah dijual di seluruh dunia. Emas mudah dibawa serta bernilai seluruh dunia adalah insuran yang lebih selamat berbanding insuran nyawa atau harta benda. Contohnya, jika berlaku malapetaka, bencana, peperangan atau krisis ekonomi, insurans tidak atau susah cover sesuatu bencana. Namun, penyimpan emas akan selamat kerana emas mudah dijual beli serta tidak rosak oleh bencana atau terbakar api.
Sebenarnya, tanpa kita sedari penyimpanan emas di bank adalah merugikan kerana kita sentiasa dikenakan caj tanpa kita sedari seperti semasa pengeluaran atau semasa penyimpanan wang di bank.
4. Mudah Dicairkan Atau Di Tukar
Emas adalah kecil, ringan, mudah dibawa namun berharga seluruh dunia. Jadi emas sangat mudah dicairkan atau menukar ke dalam bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni. Semasa dalam kecemasan atau kesempitan wang, emas mudah dipajak atau dijuaal untuk mendapatkan wang dimana sahaja pada bila-bila masa.
Berbeza dengan pelaburan, saham atau aset dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yg lama. Mungkin memakan masa sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda mungkin mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera. Contohnya, insurans, KWSP, hartanah, bon atau pasaran saham amanah (dulu saya agen Public Mutual) memerlukan masa 7 hari bekerja untuk mendapatkan wang dengan pelbagai prosedur yang perlu diikuti.
5. Tahan Lama Dan Mudah Disimpan
Emas bersifat tahan lama, kalis air serta api dan kecil yang mudah disimpan. Harta benda lain seperti rumah, kedai, kereta atau wang kertas mudah terbakar atau rosak jika terendam di dalam air apabila berlakunya bencana alam seperti bencana banjir di Kelantan tahun lepas atau kebakaran.
6. Hak Pemilikan Kekal Boleh Diwarisi.
Hak pemilikan emas adalah kekal kepunyaan pembeli emas dan boleh diwarisi turun temurun tanpa mengurangkan nilainya dan menyelamatkan institusi kekeluargaan. Emas yang diwarisi kepada anak-anak mudah dipecahkan berbanding membahagi seekar tanah untuk 5 orang anak. Contoh dari cerita benar, ayah mewarisi seekar tanah yang mengandungi kolam ditengahnya untuk 5 orang anak, setelah tanah itu di bahagi sama rata, siapakah anak yang mahukan tanah berkolam tersebut?
Jika membeli emas public gold, anda dapat jongkong emas atau emas dinar serta dapat menyimpannya dan menguruskan sendiri emas tersebut. Pemilik emas boleh menyimpan di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda untuk mengambilnya atau menjualnya apabila perlu.
7. Mengelak Kebocoran Wang.
Pembelian emas atau pencinta emas dapat mengelak dari kebocoran wang dengan membeli barangan yang tidak berfaedah. Contohnya, pembelian emas modal kecil program GAP Public Gold akan dapat menghalang kebocoran wang dan menambah emas fizikal sedikit demi sedikit tanpa disedari.

apakah program gap public gold
apakah program gap public gold

Berapa modal menyertai Program GAP ?
Jawapan : Modal minima yang diperlukan untuk menyertai program GAP adalah RM100 atau harga harian emas 1 gram. Tapi disyorkan membeli emas dalam gandaan 1 gram agar patuh syariah.

Bagaimana cara menyertai program GAP ?
Jawapan : Cara menyertai program GAP adalah dengan HANYA membeli emas RM100 atau membeli emas 1 gram 24k dengan harga lebih kurang RM150 dan secara otomatik akan menjadi ahli Public Gold. Tidak perlu daftar, hanya ikuti beberapa langkah mudah, klik segera CARA MEMBELI EMAS PROGRAM GAP TERUS JADI AHLI PUBLIC GOLD.

Bagaimana cara mengeluarkan emas fizikal dalam program GAP ?
Jawapan : Cara mengeluarkan atau mengambil emas fizikal sama ada gold bar atau emas dinar adalah dengan mengunjungi sendiri ke cawangan public gold berdekatan. Klik CAWANGAN PUBLIC GOLD SELURUH MALAYSIA untuk melihat alamat cawangan public gold seluruh Malaysia berdekatan anda bagi mengambil atau mengeluarkan jongkong emas atau emas dinar.

Bagaimana cara menjual emas program GAP public gold ?
Jawapan : Menjual emas program gap boleh dilakukan secara langsung tanpa mengeluarkan emas fizikal ataupun setelah mengeluarkan emas fizikal. Jika telah mengeluarkan emas fizikal dan emas disimpan ditangan, maka emas tersebut boleh dijual secara online atau terus kunjungi cawangan public gold terdekat. Klik CARA MENJUAL EMAS PUBLIC GOLD untuk mengetahui cara menjual emas public gold. Emas program gap juga boleh dijual terus dari akaun gap tanpa mengeluarkan emas fizikal secara online. Klik CARA MENGELUARKAN DAN MENJUAL EMAS GAP

Adakah caj penyimpanan dikenakan dalam program GAP?
Jawapan : Tidak. Caj penyimpanan program GAP adalah percuma. Berbeza dengan pembelian emas secara terus, caj penyimpanan akan dikenakan jika tidak mengambil emas fizikal yang dibeli selewatnya 2 bulan.

Bila tarikh luput Akaun program GAP ?
Jawapan : Akaun Program GAP tiada tarikh lupuk selagi adanya Public Gold. Program GAP adalah pelaburan sepanjang hayat.

Siapa boleh menyertai program GAP ?
Jawapan : Semua warganegara Malaysia atau tidak warganegara Malaysia yang mempunyai passport yang berumur 18 tahun ke atas.

Bolehkan menyertai program GAP untuk pelaburan anak ?
Jawapan : Boleh, Boleh menamakan anak atau waris sebagai penama yang berumur kurang 18 tahun. Bagi anak-anak yang berusia 18 tahun kebawah, ibu-bapa atau penjaga boleh membuka akaun GAP secara bersama (joint account), dimana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pentadbir akaun tersebut, sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun. Ibu bapa atau penjaga boleh membeli dan menjual emas dari akaun GAP bagi pihak anaknya.

Adakah akaun program GAP mempunyai buku akaun GAP ?
Jawapan : tidak, program GAP tiada buku akaun GAP kerana pembelian emas program GAP boleh dibuat secara online. Namun penyata akaun GAP sentiasa di update dalam akaun ahli public gold.

Bagaimana jika pemilik akaun GAP meninggal dunia ?
Jawapan : Pewaris pemilik akaun GAP boleh menuntut emas dalam akaun GAP dengan menyertakan dokumen sijil kematian, wasiat, surat mahkamah serta dokumen berkaitan.

Apakah kelebihan beli emas program GAP ?
Jawapan : Kelebihan membeli emas program GAP ialah dapat membeli item emas yang kecil dengan harga murah. Contohnya, harga emas 1 gram hari ini RM147, jadi jika keluarkan emas tersebut harga gold bar 1 gram adalah RM147 + RM5 caj gold premium menjadikan harga berjumlah RM153. Harga gold bar 1 gram 24K yang sama jika dibeli secara terus atau ‘cash and carry” dicawangan public gold atau dealer harganya adalah RM180. Itemnya emas yang pada harga emas yang sama, cuma kaedah belian sahaja berbeza yang membolehkan penjimatan, jadi lebih baik menyertai program GAP.

Apakah caj gold premium ?
Jawapan : Gold premium adalah caj tambahan yang dikenakan ke atas semua belian emas fizikal public gold kerana kos pengangkutan penghantaran emas public gold yang dicop LBMA di Turki. Caj Gold Premium bergantung kepada jenis emas. Contoh jika keluarkan gold bar 1 gram LBMA dikenakan gold premium RM5, keluarkan gold bar 100g dikenakan caj gold premium RM60 dan sebagainya. Klik JENIS EMAS TERBAIK SERTA GOLD PREMIUM untuk melihat caj gold premium ke atas emas public gold.

Apakah kekurangan program GAP ?
Jawapan : Kekurangan program gap adalah dapat keluarkan atau ambil emas fizikal yang dibeli selepas 24 jam hingga 3 hari emas di beli. Ini adalah kerana program GAP khusus untuk mengumpul emas. Jadi jika mahu terus dapat emas yang dibeli untuk disimpan klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

Apakah perbezaan antara Akaun GAP dengan akaun emas di bank?
Jawapan : Program GAP public Gold adalah seperti akaun emas di bank, cuma perbezaannya ialah Akaun GAP bersandarkan emas fizikal iaitu pembeli emas akaun GAP boleh mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP mereka bila-bila masa, di mana-mana cawangan Public Gold. Kebanyakan akaun simpanan emas di bank TIDAK menawarkan pengeluaran emas fizikal kecuali akaun emas Kuwait Finance House.

Bagaimana cara menjadi dealer public gold melalui program GAP ?
Jawapan : Cara mudah menjadi dealer atau pengedar emas melalui program GAP adalah dengan membeli 100 gram emas program GAP seperti Promosi Merdeka Dealer Recruitment Drive (DRD). Klik PROMOSI MERDEKA PROGRAM GAP UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk menjadi pengedar emas atau dealer public gold melalui program GAP dengan modal yang rendah. Promosi ini tiada tempoh tarikh tertentu tetapi had pengedar dikehendaki, jadi hubungi saya untuk maklumat lanjut.