Posted in EMAS BERITA TERKINI

EMAS DINAR 24K BARU DAN GOLD BAR 1 G MURAH TANPA CUKAI GST

emas dinar 24k tanpa cukai gst
emas dinar 24k tanpa cukai gst

Emas dinar 24K terbaru ketulenan emas 999.9 di iktiraf dunia LBMA dan jongkong emas 1 gram baru pelbagai tema keluaran Public Gold murah tanpa cukai GST.

Public Gold iaitu syarikat pengeluar emas terbesar Malaysia telah melancarkan dinar emas 24 Karat atau emas 999.9 terbaru bertaraf antarabangsa LBMA yang murah tanpa cukai GST mengantikan emas dinar 916 dan jongkong emas fizikal 1 gram GAP terbaru pelbagai bentuk untuk ditempah.

harga emas dinar 24k public gold
harga emas dinar 24k public gold

Dinar emas 24K terbaru LBMA dilancarkan pada 22 Disember 2014 untuk tempahan. Harga emas dinar 24K bergantung kepada harga emas dunia yang berubah setiap 20 minit. Klik HARGA EMAS SEMASA PUBLIC GOLD untuk lihat harga emas terkini atau daftar ahli public gold untuk menempah emas secara online. GST adalah Goods and Services Tax atau cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan terhadap barang dan perkhidmatan termasuk emas bermula 1 april 2015. Namun begitu dinar 24K (999.9) LBMA dikecualikan dari cukai gst kerana memenuhi syarat dikecualikan cukai gst seperti bercirikan emas pelaburan dengan ketulenan emas 999.9 dan diiktiraf standard antarabangsa LBMA. Klik CUKAI GST EMAS DAN KESAN HARGA EMAS untuk maklumat tentang cukai gst ke atas emas.

Ciri-ciri dinar emas 24 Karat public gold LBMA terbaru adalah :
1. Emas pelaburan dengan ketulenan emas 999.9 atau 24 Karat
2. Emas yang diiktiraf dunia iaitu LBMA (London Bullion Market Association).
3. Bentuk atau design baru yang cantik dan kemas berbungkus.
4. Emas yang dikecualikan dari cukai GST.
5. Emas berharga murah
6. Emas yang boleh di pajak di Arrahnu pos tanpa mengoyak bungkusan.
7. Emas mudah disimpan kerana berbentuk kad.

Dinar emas 24 karat public gold ini terdiri daripada ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar dengan berat emas yang mengikut piawaian antarabangsa iaitu 1 dinar mempunyai berat emas 999.9 sebanyak 4.25 gram. Jenis emas dinar terbaru yang dikeluarkan adalah ½ dinar yang mempunyai berat 2.25g dengan harga lebih kurang RM350 amat sesuai untuk melabur emas modal rendah. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli emas dan perak public gold yang murah tanpa cukai gst.

Emas dinar 916 public gold sudah tidak dijual kini dan hanya boleh jual balik (buy back) kepada public gold berdasarkan harga emas PG BUY pada website public gold. Emas dinar 22K 916 juga boleh di tukar kepada emas dinar 24K 999.9 dengan sedikit caj tambahan lebih kurang RM60 kerana ketulenan emas yang bertambah dari emas 22K kepada emas 24K.

jongkong emas fizikal 1 gram public gold
jongkong emas fizikal 1 gram public gold

Jongkong emas 1 gram terbaru melalui program GAP juga sudah boleh didapati kini di cawangan public gold terdekat. Gold bar 1 gram baru dicipta mengikut tema seperti tema tahun baru cina, gold bar 1 gram tema perkahwinan, tema hari lahir dan sebagainya. Jongkong emas 1 gram LBMA sempena tahun kambing sudah boleh didapati di cawangan public gold terdekat untuk perayaan tahun baru cina 2015. Gold bar 1 gram tema kambing tahun baru cina ini sesuai sebagai ang pow untuk diberikan kepada sanak saudara atau sahabat dengan harga yang sesuai sebagai hadiah iaitu lebih kurang RM140. Hadiah atau cenderahati dalam bentuk jongkong emas untuk saudara-mara, sahabat, kekasih, suami atau isteri adalah lebih bermakna dan bermanfaat kerana emas disayangi dan berguna semasa kesempitan wang dengan memajakkannya di arrahnu. Perkara penting untuk mendapatkan gold bar 1 gram dengan pelbagai tema tersebut adalah menpunyai gold bar terkumpul dalam program pengumpulan emas GAP. Mulai membeli gold bar 1 gram LBMA dan secara otomatik menjadi ahli public gold untuk menyertai program GAP (Gold Accumulation Programme) dengan mengikuti langkah berikut, klik CARA BELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP.

gold bar 1 gram tahun baru cina
gold bar 1 gram tahun baru cina

Public gold adalah syarikat pengeluar emas fizikal terbesar Malaysia yang mempunyai kilang emas sendiri juga membuka peluang kepada syarikat korporat atau badan kerajaan untuk menempah physical gold bullion,jongkong emas fizikal 1 gram bertaraf antarabangsa LBMA mengikut logo atau tema yang dikehendaki. Syarikat besar seperti institusi bank, syarikat insuran, institut pengajian tinggi, universiti, sekolah dan sebagainya boleh menempah gold bar 1 gram mengikut logo syarikat atau institusi tertentu dengan harga murah sebagai hadiah atau cenderahati untuk kakitangan atau pekerja. Syarat menempah gold bar 1 gram tema sendiri adalah dengan tempahan minimum 2 kg emas atau 2000 keping gold bar 1 gram. Maklumat lanjut untuk tempahan gold bar 1 gram berlogo atau bentuk tertentu, hubungi SMS/Whatsapp 019-9185593 ( Mohd Zaidi Junus, PG001425 Master Dealer Public Gold )

Harga emas dinar dan jongkong emas public gold adalah murah di bandingkan dengan harga emas syarikat emas lain kerana mempunyai kilang membuat emas sendiri. Lebih-lebih lagi apabila cukai GST dimulakan pada april 2015, harga barang kemas atau emas pelaburan lain akan meningkat. Tauke kedai emas atau kedai emas boleh menjual jongkong emas atau dinar emas public gold yang murah untuk mendapat sedikit keuntungan. Pemilik kedai emas atau peniaga emas yang berminat menjual jongkong emas atau emas dinar tanpa cukai gst untuk di letakkan dan dijual di kedai emas, sila sms/whatsapp kepada saya, 019-9185593 ataupun boleh terus menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold dengan mengklik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD. Rebut peluang menjadi dealer atau peniaga emas di saat harga emas rendah kini untuk mendapat profit atau keuntungan dalam perniagaan emas dan menjamin masa depan dalam pelaburan emas fizikal public gold