Posted in EMAS BERITA TERKINI

CARA MENGENALI SKIM CEPAT KAYA

cara kenali skim cepat kaya
cara kenali skim cepat kaya

Cara mengenali skim cepat kaya, ciri skim pelaburan palsu, panduan kenal pelaburan haram atau skim ponzi di Malaysia dan tips elak di tipu dalam pelaburan.

Skim cepat kaya mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga kini dengan cara yang berbeza mengikut kehangatan ekonomi sesuatu zaman. Tahun 2012 ketika harga emas mula memuncak, maka muncul skim pelaburan emas berasaskan emas dan tahun 2013 apabila pasaran saham mula meningkat muncul pula skim saham dan Forex yang menawarkan pelbagai pulangan yang menguntungkan. Ketika kerajaan mempromosi bidang pertanian dan penternakan, maka muncul pula skim cepat kaya berasaskan penternakan seperti ikan keli, ikan arowana, lintah, penternakan burung unta dan sebagainya. Apakah skim cepat kaya dan bagaimana mengenali skim cepat kaya atau skim pelaburan penipuan ini ? Sebenarnya, mudah untuk mengenali skim cepat kaya, hanya dengan satu perkataan iaitu “Luar Biasa”. Modus operandinya skim palaburan palsu ini adalah sama iaitu luarbiasa menawarkan pulangan yang tinggi tanpa risiko, luar biasa menjana keuntungan tambahan apabila berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru dan tidak memiliki produk atau bertopengkan sesuatu produk.

Minggu lepas, saya dihubungi adik yang mahu menceburi pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan tetap bulanan. Katanya, pelaburan emas dengan membeli emas (tidak diberikan emas) atau memberikan emas fizikal kita untuk di laburkan dan mendapat pulangan bulanan yang tetap. Saya melarang kerana pelaburan tersebut menunjukkan ciri skim pelaburan emas iaitu pulangan keuntungan yang luarbiasa tinggi dengan pendapatan bulanan yang tetap. Ini adalah teknik pemusingan wang modal kita sendiri, contohnya kita memberikan modal RM100 dan syarikat skim pelaburan akan memberikan pulangan tetap RM10 sebulan dengan menjanjikan pulangan pendapatan sehingga 24 bulan (2 tahun). Perjanjian di atas kertas memang luar biasa keuntungannya sehingga 140%. Tapi, adakah syarikat skim pelaburan palsu ini boleh bertahan sehingga 2 tahun ? Silap-silap sebelum kita dapat modal, syarikat ini sudah berkubur. Sekarang sudah banyak syarikat skim pelaburan emas yang bergiat aktif dan ada juga yang telah di bekukan oleh BNM.

Kelmarin saya dihubungi oleh pihak pajak gadai permodalan islam kelantan , Arrahn cawangan pasir mas, kelantan iaitu Pn Rohana yang menawarkan wang pinjaman gadaian yang tinggi sehingga 80% terhadap produk emas public gold. Katanya, ini adalah kerana kepercayaan Arrahn terhadap ketulenan dan produk emas public gold. Jadi jika pelabur emas mahu mengadai emas dan mendapat wang pinjaman gadaian yang tinggi, hendaklah menghubungi Pn Rohana sendiri sebagai pelanggan VIP. Kami juga bercerita tentang skim pelaburan emas penipu yang sekarang ni sedang berleluasa. Bagaimana mengenali skim pelaburan palsu. Ciri yang terdapat pada skim cepat kaya atau skim pelaburan palsu ini adalah sama. Tips mengenali skim pelaburan palsu atau skim cepat kaya ini diharapkan dapat membantu mengenali skim cepat kaya untuk menghindari kerugian dan mengelak dari di tipu.

Cara mengenali skim cepat kaya dan ciri skim pelaburan palsu :
1. Menawarkan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko. Pulangan pelaburan skim pelaburan ponzi boleh mencecah 10% sebulan ataupun hingga 200% setahun. Pulangan tinggi skim cepat kaya adalah luar biasa tinggi melebihi Amanah Saham Bank Rakyat atau pasaran saham indeks bursa malaysia. Pulangan tinggi ini akan disertakan dengan perjanjian tanpa risiko yang menyakinkan pelabur melalui kenalan pelabur dan sebagainya. Pulangan besar juga hanya diperolehi dalam bentuk nombor atau mata wang tertentu yang susah, bersyarat atau tidak dapat di tukar kepada mata wang Malaysia.

ciri skim cepat kaya
ciri skim cepat kaya

2. Ditawarkan komisyen yang tinggi apabila membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur. Pemberian komisen adalah perkara biasa kepada agen, konsultan, perunding pelaburan, referral dan sebagainya tetapi skim pelaburan ponzi akan menjanjikan komisen atau insentif yang lebih tinggi. Setiap kemasukan orang baru akan diberikan intensif, bonus atau pairing kepada orang yang memperkenalkan orang baru tadi. Ia akan berlanjutan dan berantai dari satu peringkat ke satu peringkat atau dikenali sebagai skim piramid. Skim penipuan ponzi selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima dari ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru skim ponzi akan tutup atau sengaja di tutup oleh tuan punya skim tersebut setelah mencapai target kuntungan yang dikehendaki .

skim cepat kaya
skim cepat kaya

3. Menjanjikan pulangan tetap secara mingguan atau bulanan dalam tempoh tertentu. Pendapatan tetap ini diberi berdasarkan jumlah pelaburan, lagi besar modal yang dilaburkan, lagi besar pulangan tetap bulanan tetapi mesti kurang dari modal pelaburan. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap adalah riba dan skim cepat kaya. Ini kerana pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan. Maklumat lanjut Klik WAJIB BACA! PEKEJ SKIM PELABURAN EMAS ADALAH HARAM, RIBA DAN SKIM CEPAT KAYA.

skim pelaburan palsu
skim pelaburan palsu

4. Pelaburan tanpa produk atau produk bernilai lebih atau terlalu murah. Dalam pelaburan emas fizikal, skim pelaburan emas palsu tidak memberikan produk emas semasa proses beli emas, hanya memberikan surat perjanjian atau kontrak pelaburan atau memberikan produk tetapi di pulangkan kepada syarikat untuk disimpan. Syarikat hanya memusing produk fizikal ini untuk ditunjukkan kepada pelabur lain pula. Skim pelaburan ponzi juga menjual produk pada harga yang luarbiasa sama ada harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Contohnya, jongkong emas 100g di jual dengan harga terlalu rendah seperti RM8000, tapi mesti bayar dahulu dan jongkong emas tertangguh atau di beri kemudian. Kali pertama membeli emas, mungkin akan dapat emas anda tapi kali kedua…mungkin hanya dapat resit sahaja. Urusniaga yang luarbiasa seperti pembelian yang terlalu tinggi atau terlalu rendah atau urusniaga bersyarat, itu adalah ciri skim pelaburan tipu. Contoh pembelian emas bersyarat seperti pembelian emas dengan membayar sebahagian harga dengan syarat memajakkan emas itu di arrahnu dan wang pinjaman arrahnu di berikan kepada syarikat.

pelaburan emas haram
pelaburan emas haram

5. Menyakinkan pelabur dengan berlagak kaya, dokumen yang lengkap, di daftarkan antarabangsa dan syarikat yang berdaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sudah menjadi suatu kelaziman dari dahulu, skim cepat kaya akan menarik pelabur melalui promosi lagak kaya dan menunjuk-nunjuk barangan mewah untuk menarik pelabur. Pelabur akan mudah terpedaya, terutama pelabur muda apabila di tunjukkan kejayaan mendapat barang mewah seperti kereta sport dan sebagainya dengan mudah. Agen skim cepat kaya biasanya akan mempromosikan pulangan lumayan yang mudah dah berahsia.

ciri skim penipuan pelaburan
ciri skim penipuan pelaburan

Skim cepat kaya sememangnya akan memberi kekayaan kepada pencipta/owner skim dan agen yang terawal tetapi memberi kesengsaraan kepada pelabur di bawah. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan janji manis, sekalipun ianya daripada sahabat atau saudara mara. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, tapi sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu atau mungkin terpengaruh dengan pulangan komisen atau insentif downline yang menarik. Jangan terburu-buru dengan ayat ‘peluang terbaik’, ‘tawaran terhad’ ‘anda bertuah’ dan sebagainya tetapi perlu fikir dahulu sebelum bertindak. Jika anda di beri tawaran yang luar biasa adalah lebih baik berfikir dan berbincang dan menyelidiki sebelum mengambil apa-apa tindakan terutama semak senarai syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

Setelah mengtahui ciri-ciri skim cepat kaya, perkara seterusnya adalah menyemak sesuatu syarikat pelaburan sah atau tidak serta telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia. Sila klik SENARAI NAMA ENTITI DAN LAMAN SESAWANG BERHATI-HATI BNM yang tidak sah , senarai berhati-hati atau tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 2012, Public Gold juga telah tersenarai dalam senarai syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan ‘alert list’ BNM selama beberapa bulan kerana kesilapan kecil dalam perkhidmatan public gold yang memberi peluang gadaian emas kepada pelanggan public gold. Selepas itu pihak Public Gold terus menghentikan perkhidmatan gadaian kepada pelanggan dan telah membuka Arrahnu sendiri iaitu Koperasi Dagang Emas. Selepas Public Gold menghentikan perkhidmatan tersebut dan di selidiki oleh Bank Negara Malaysia, terbukti Public Gold menjalankan urusniaga jual beli emas yang sah, BNM telah keluarkan public gold dari senarai nama berhati-hati /alert list entiti yang tidak sah. Klik artikel saya terdahulu pada tahun 2012 mengenai public gold PELABURAN EMAS DIJAMIN SAH PUBLIC GOLD DAPAT KELULUSAN BNM. Public Gold sememangnya syarikat pelaburan emas yang sah dan telah terbukti mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia(BNM).

Dalam pelaburan emas fizikal yang sah seperti public gold, pelabur yang membeli emas akan terus dapat emas tulen yang di beli dengan harga murah mengikut pergerakan harga emas dunia. Pelaburan emas fizikal yang sah, mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia dan tiada risiko kerugian adalah pelaburan emas public gold. Public Gold adalah seperti kedai emas iaitu membeli emas akan dapat emas tulen yang boleh di simpan dan sebenarnya Public Gold lebih baik daripada kedai emas kerana menawarkan harga emas yang murah, terbukti ketulinan bersijil, spread harga emas yang rendah, harga emas berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa, boleh jual beli emas secara online dan sebagainya.

Sertai pelaburan emas fizikal public gold pada masa harga emas murah kini dengan mula membeli emas 1 dinar berharga lebih kurang RM560 atau syilng perak 10 dirham berharga lebih kurang RM80 untuk menjadi customer public gold dengan menghantar NAMA PENUH, NO IC, EMEL, NO TELEFON, JENIS EMAS MAHU BELI dan CAWANGAN PUBLIC GOLD TERDEKAT ( alamat cawangan terdekat untuk bayar dan ambil emas yang dibeli ) melalui sms / whatsapp ke 019-9185593 untuk saya daftarkan sebagai pelanggan public gold atau boleh rujuk CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan membeli emas public gold.

Berdasarkan ciri dan cara kenali skim cepat kaya diharapkan kita menjauhkan diri dari skim cepat kaya kerana skim ini sebenarnya adalah skim cepat hangus dan skim penipuan pelaburan ini akan memusnahkan masa depan simpanan anda.